Tuesday, 20 December 2011

Don't judge a book by its cover? Janganlah berpaling dari kebenaran.

Ok. Aku sedang buat lawak. Sila sebut hahaha selama 10 saat dgn mimik muka serius.

Tet tet..Masa 10 saat tamat.........


Okay. Masa utk berbicara secara serius... 

Don't judge a book by its cover, menurut kefahaman aku ianya bermaksud jangan menilai sesuatu dari luaran.
Apa? Jangan nilai buku dari muka depannya? Baca dulu buku tu dan kemudiannya kamu akan tahu betapa bernilainya buku itu? Ape2 jela labu at least anda faham makna tersirat ok la.

Setelah selalu sangat aku melihat kenyataan para artis (ada la beberapa orang) menerusi media,akhbar dan tak kurang dari beberapa manusia yg berpandukan sangkaan semata-mata bahwa... "Tak, jangan nilai dari pakaian, pakai camnie x semestinya jahat, yg pakai tudung belum tentu baik pun?"

Siap dengan berpakaian seksi di dada akhbar bersama dengan pernyataan 
"JANGAN MENILAI DARI PEMAKAIAN"..
(Baru2 ini aku terlihat, dan aku x mahu sebut siapa artis itu kerana itu tidak penting)

Okay,ini sabda Rasulullah : "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi dia melihat kepada hati kamu.

Maka dengan itu, kamupun bertanggapan bahawa pemakaian itu tidak penting tapi hati baik tu yg penting. Ok. Pandainyee =.='
Memang hati tu main peranan tp....
Orang-orang kafir tu ada gak yg berhati baik. ;)
Beza mereka dgn Islam mereka tidak menyembah Allah dan x terikat dengan peraturan Islam!

Kita teruskan....
Disebabkan kerap didedahkan dgn tanggapan sedemikian....
Maka secara automatiknya kepala hotakku mengalami litar pintas impak yg terhasil dari ketidakpersetujuan dgn fakta sedemikian. Aku jem. Nape diowg boleh beranggapan demikian? 

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi,
nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah;
tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

[al-An’aam 6:116]

Aku risau kalau2 nnti orang-orang yg aku sayangi terpengaruh dengan "konsep pemikiran" sedemikian lantas sesatlah mereka.. Oh No!

Dengar ini wahai manusia2 yg berpegang kepada fakta ""Tak, jangan nilai dari pakaian, pakai camnie x semestinya jahat, yg pakai tudung belum tentu baik pun?"

Okay,ditujukan kepada yg beragama Islam yg percaya bahawa tuhan itu wujud. 

Yeah,lebih cenderung kepada wanita. Minta maaf jika nota ini menyebabkan anda berkecil hati. Jika anda termakan cili dan terasa pedas. Apa? Sorry g naik lori?.... okay..

Sabda Rasulullah: “Katakan yg benar walaupun pahit dan jangan kamu gentar cercaan orang yg mencerca.”

Dan utk pengetahuan anda lagi..

Dan utk memastikan mereka yg terasa pedas tidak membuat dosa kering.. (Ini namanya persediaan menghadapi risiko)

Rasulullah juga bersabda "Seorang mukmin bukanlah pengumpat dan yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor..

Ingat! Kunci ke syurga ialah menjaga tutur bicara. ;)

Dan apapun... Jangan lihat pada siapa yg berkata... Tetapi lihat APA yg dikata ;)

Kita teruskan...

Wahai wanita2 yg mengaku beragama Islam di luar sana, yg masih lagi belum menutup aurat, yg seksi2 dgn hanya memakai mini skirt, yg bertudung tapi pakai ketat-ketat smpai nampak bentuk tubuh badan, yg bertudung tp kain terbelah sampai nampak boxer dan yg bertudung tp tertonjol buah dada.

Dan ada juga yg berpakaian tetapi bertelanjang.. macamne tu? 
Nak taw cmne? Yg pakai nipis2 sampai nampak warna kulit n "leggging" ye? haa.. yg tight gila kalo pakai tu sampai nampak bentuk betis tp cuma bertukar warna je...

Rasullullah ada bersabda, bahawa golongan berpakaian tetapi bertelanjang ini tidakkan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau surga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian. Oh! =(



Mungkin hal ini sedikit sensitif utk dibicarakan, tetapi apakan daya.. Jika boleh aku mahu tergolong di kalangan owg yg beruntung kerana Allah SWT berfirman dalam surah Al-'Asr..

(1) Demi Masa!
(2) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –
(3) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 

Wahai wanita,
Tuhan telah memerintahkan kamu agar memelihara aurat. Bermakna ianya adalah perintah yang wajib dituruti sekiranya kamu beriman kepada kewujudan Tuhan.

Tahukah kamu betapa tuhan memelihara martabat kamu, agar kamu memelihara aurat kamu dari menjadi tatapan para-para lelaki di luar sana?

Tak nak bagi surprise ke kat suami? Apa keistimewaan yg kamu mahu berikan pada suami jika setiap inci tubuh kamu juga dapat dilihat oleh kebanyakan lelaki di luar sana?

Tahukah kamu wahai wanita, bahawa kamu adalah perhiasan dunia yg paling terindah pada pandangan mata lelaki. Dan sebaik-sebaik perhiasan dunia ialah wanita solehah. Tidak kira bagaimana cantiknya sebuah kereta, rumah , bulan, bintang dan segala isi dunia ni la senang crita, lelaki tetap lebih tertarik utk melihat kamu wahai wanita?

Kerana apa? Kerana nafsu lelaki padamu wahai wanita.
Tahu crita nabi adam? Pada mulanya dia duduk bersendirian di syurga. Dan seperti yg kita tahu, keindahan syurga tidak dpt dibayangkan kita, dimana syurga sangat indah!
Tetapi keindahan syurga tidak cukup menyerikan Adam kerana dia rasa keseorangan. Lalu diciptakan hawa menemaninya. Dan Adam lebih menumpukan perhatiannya kepada Hawa dan bukan kpd syurga! 

Okay,straight to d point..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlahmereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan ;hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anakmereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atauanak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

[Surah An-Nur ayat 31]

Sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

Kini, anda sudah dapat gambaran yg jelas bahawa menutup aurat itu perintah Allah swt yg telah menciptakan kamu.
Kamu telah memilih jalan Islam bukan sebagai pegangan hidup? Dan Islam memerintakan agar menutup aurat.

Satu contoh, apabila kita bekerja di sesebuah syarikat maka kita terikat dengan undang-undang yg telah ditetapkan syarikat.
Contoh, etika pemakaian di syarikat tersebut ialah "office attire". Dan oleh kerana kamu hanyalah pekerja, maka kamu pun menurut perintah syarikat tersebut jika tidak, pergi cari kerja kat tempat yg boleh berpakaian sesuka hati. Boleh?

Dan lagi satu contoh, kamu adalah seorang askar. Dan sudah tentulah kamu tahu geng2 kamu berpakaian cmne. 
Dan disebabkan kamu seorang pejuang yg berani, maka kamu pun mendahului askar2 yg lain menyerang musuh...
Fire in the hole!!! Kebaboomm...
Counter terrorist win! teringat game counster strike la... Hehe =.='

Actually kamu yg baling bom tu.. dan seorang musuh kojol... (Takkan musuh tu sorang je kot kat situ?)
dan tetiba segerombolan musuh ada di depan kamu lebih kurang 100 meter la.. Jauh la kan.. (x logik la cite ni)
dan kamu pun gementar, dan bila kamu pandang ke belakang,.. geng2 kamu tiada.,. Oh!
Lalu disebabkan kebijaksanaan kepala hotak kamu.. kamupun terlihat baju musuh yg mati.. dan sebagai persediaan menghadapi risiko.. Yela, menyamar la... =.='
lalu kamu memakai bajunya dan teng tedeng.... kamu dah jadi geng musuh!!

Lalu tanpa membuang masa, kamu segera menuju ke tempat2 geng kamu dan kamu lupa bahawa kamu memakai baju musuh!
Lalu geng sebenar kamu yg menyorok di belakang pokok terlihat kamu dan DOOOSSSHH! 
Haa? bunyi apa?
=.=' bunyi tembakan la...

Dan alhamdulillah dia tembak kat perut dan kamu masih bernyawa.. Dan kamu dengan secara nyawa-nyawa kataknya menjeritkan "code" geng kamu... (sebelum tu ada la wat meeting ttg code2 ni,. adoyaii )

Kawan kamu terdengar dan menuju kepada kamu, lalu dia berkata.. "Lorrh.. aku ingatkan musuh tadi..
Lalu kamu pun berkata "Don't judge a book by its cover bro!"

Lalu, kawan kamu tu pun berkata, kapten tak crita plak tentang kebarangkalian hal ini akan berlaku!

Lalu kamu pun kata, lain kali tanya la dulu sebelum tembak!

setelah menerima jawapan kamu, kawan kamu tetiba menjadi blur dan bengang.. lalu dia pun berkata " Aku ingin sangat sebut padan muka kat ko sebab aku tertembak ko, tp... tp.. hmm... Padan MUka... Kah kah kah!
Sape suruh fikirkan strategi sendiri , Kapten dah bagi strategi, buat strategi sendiri!
Perumpamannya seperti, Rasulullah (penghulu kita) dah bagitahu panduan tapi hang ikut cara sendiri..

P/s : Panjang gila cite peperangan ni... Maybe aku x patut masukkan crita ni sebagai contoh,, tp xpe.. dah dikarang. 
tp ini contoh jela k.. maybe kebarangkalian utk perkara ini berlaku ialah 1/1000000.

Ok, Kita teruskan..

Kehadapan wanita2 muslimah yg dikasihi dan disayangi,

Syurga dan Neraka itu milik Allah. Dan sudah tentulah pemilik itu berhak menetapkan syarat2 utk memasukinya.
Tuhan sudah berikan panduan. Utk masuk ke sini ikut cara ini. Dan sekiranya tidak ikut cara ini, maka akan masuk ke situ! Oh!
Taknak ke situ? 
Maka, jangan hanya beriman akan kewujudan Allah swt, anda wajib melakukan apa yg disuruh Allah.
Sekiranya anda tidak menurut, maka bermakna anda mengingkari perintah Allah.

Rasulullah SAW bersabda,
“ Iman itu bukan dengan cita-cita, bukan juga dengan kata-kata, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat pada kalbu, dan dibuktikan dengan amal”


1. Bolehkah kita dikatakan sebagai Muslim yg baik sekiranya kita tidak menurut perintah Tuhan?

2. Apa bezanya kita dgn manusia2 yg berpegang dgn agama selain islam sekiranya cara pemakaian kita tidak jauh beza dari mereka?

Sabda Rasulullah saw :
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”



Jadi, buktikanlah perbezaan antara kamu yg Islam dan yg bukan Islam!





Firman Allah SWT :

(208) Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu
ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Surah Al-Baqarah)

(80) Sesungguhnya engkau (Muhammad)
tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima
ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu
mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya).
(Surah An-Naml)

(179) “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Surah Al A’raaf)


"Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran ugama Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah dari Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".
(Qs 10:72)

Marilah kita bersama-sama berdoa :

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". 

(Surah Al-Baqarah)

No comments:

Post a Comment